Saturday, October 18, 2008

Langkah-langkah membuat perbandingan

  1. Kebanyakannya melalui pengalaman sendiri apabila melakukan kerja tersebut.
  2. Melalui perbincangan dan percubaan dengan rakan-rakan sekelas.
  3. Melalui maklumat yang disearch dari internet.
  4. Melalui pengalaman apabila mengajar rakan-rakan yang meminta tunjuk ajar.

Perbezaan dan Persamaan Compose dan Signature dalam Emel

COMPOSE

SIGNATURE

  • Merupakan salah satu kemudahan dalam semua perkhidmatan email, seperti YahooMail, Gmail atau Hotmail.
  • Digunakan semasa menghantar emel.

COMPOSE

SIGNATURE

  • Tempat mengubah/create mesej yang ingin dihantar
  • Fungsi utamanya adalah menghantar mesej kepada penerima.
  • Mesej dihantar kepada alamat-alamat emel yang dimasukan oleh penghantar, walaupun alamat emel dari perkhidmatan yang tidak sama.
  • Selain tulisan, boleh dilampirkan (attach) juga dokumen-dokumen seperti Mic. Word, Mic. Power Point, atau gambar, video dan sound.
  • Siza lampiran (attachment) adalah berbeza mengikut perkhidmatan yang diberikan oleh perkhidmatan emel yang digunakan.
  • Digubah(create) sebelum menggunakan compose
  • Fungsi utamanya adalah memaklumkan kepada setiap penerma identiti penghantar khasnya.
  • Signature akan dilampirkan pada akhir setiap mesej yang dihantar, kecuali anda memilih "do not show signature".


  • Hanya tulisan sahaja yang boleh digubah.

Friday, October 17, 2008

Perancangan: Reka Bentuk: Kandungan terperinci (papan cerita)

  1. Tajuk dan sub-sub tajuk
  2. Sub tajuk pertama/bahagian A mengenal nombor 0-5.
  3. Soalan-soalan yang perlu dipadankan oleh pelajar berdasarkan kuantiti objek dengan nombor dalam lingkungan 0-5.
  4. Pelajar klik pada nombor jawapan.
  5. Terdapat 3 pilihan pada setiap soalan.
  6. Sub tajuk kedua/bahagian B – mengenal nombor 6-9
  7. Soalan-soalan yang perlu dipadankan oleh pelajar berdasarkan kuantiti objek dengan nombor dalam lingkungan 6-9.


  • Jika dijawab(klik) dengan betul, slide "Bagus, tepat sekali" akan terpapar dan teruskan menjawab dengan klik pada butang "soalan seterusnya".
  • Jika salah jawab(klik), slide "Salah, cuba sekali lagi" akan dipaparkan. Pelajar boleh mencuba sekali lagi dengan klik pada butang "cuba sekali lagi".
  • Setiap soalan akan dibaca oleh rakaman suara supaya dapat membantu pelajar-pelajar khas memahami apa yang dipersoalkan.
  • Butang-butang dalam bahan bantu belajar ini dibuat (create) dengan besar supaya senang untuk pelajar pendidikan khas menggunakannya.
  • Latar belakang- direka khas dengan menggunakan Adobe Illustrator CS2.

Thursday, October 16, 2008

Laman-laman Web

My Health for Life

http://www.myhealth.gov.my

Laman web ini merupakan laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Portal ini untuk memastikan masyarakat dapat meningkatkan taraf kesihatan mereka. Ini merupalan salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan di bawah Aplikasi Perdana MSC Malaysia.

Terdapat forum, artikel, rencana, dan aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan didapat di sini. Menerusi laman web ini juga, kita juga tahu pemakanan dan penjagaan ke atas seorang wanita hamil supaya tidak berlaku kerosakan pada bayi, justeru dapat mengelakkan terjadinya kanak-kanak kekurangupayaan.

Penjelasan-penjelasan yang diterangkan di sini amatlah jelas dan teratur. Sebarang masalah/kemusykilan mengenai kesihatan boleh diutarakan di sini.

Wednesday, October 15, 2008

Laman-laman Web

Kiwanis Down Syndrome Foundation

http://www.kdsf.org.my


Kiwanis merupakan satu organisasi di Malaysia yang dianggotai oleh ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak sindrom down.

Laman web ini memberi maklumat tentang sindrom down, termasuklah ciri-ciri, symptom-simptom, jenis-jenis, kesan-kesan dan punca-punca berlakunya down sindrom.

Kiwanis memberi perkhidmatan kaunseling, latihan mengajar kepada guru pendidikan khas, dan memberi kesedaran kepada masyarakat teantang down sindrom. Program latihan yang dijalankan di pusat-pusat Kiwanis turut dapat dicapai melalui web rasmi ini.


CHILD ( Caring & Helping Individuals Learn & Develop )

http://www.sabah.org.my/child/


Caring & Helping Individuals Learn & Develop merupakan satu persatuan yang berdaftar di Sabah sejak 1998. CHILD menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja yang menghadapi perkembangan lewat(kekurangupayaan) yang pelbagai. Persatuan ini juga member kesedaran tentang pelbagai jenis kekurangupayaan yang berlaku di masyarakat kita. CHILD mempunyai satu pusat (mini library)bagi member makluman serta penerangan kepada pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja-remaja khas.

CHILD mengadakan pelbagai program kesedaran serta bantuan kepada masyarakat setiap tahun, seperti bengkel, ceramah, seminar, latihan untuk bapa dan ibu banyak lagi.





Tuesday, October 14, 2008

Kajian terhadap Kanak-kanak ADHD

Tajuk artikel: ADHD and Language impairment-A study of the parent questionnaire FTF

Tajuk jurnal: European Child & Adolescent Psychiatry / Vol 15, No. 10 (Feb 2006) 52- 60

Nama penulis: Brus, B., Gunilla Thernlund,G. & Nettelbladt, U.

Enjin Pencarian : EBSCOhost

Kandungan artikel

Dalam kajian terhadap 76 orang kanak-kanak berkeperluan khas ADHD (63 budak lelaki dan 13 budak perempuan), kebanyakan daripada mereka pernah berjumpa dengan ahli patologi pertuturan dan bahasa, namun tiada seorang daripada mereka meneruskan rawatan selanjutnya. Majoriti responden menghadapi masalah pragmatik, tidak dapat memberi perhatian dan perihal gerak hati. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah berkomunikasi, pemahaman, membaca dan menulis. Masalah bahasa dan pragmatik telah mendatangkan banyak masalah kepada kanak-kanak ADHD dalam kemahiran bersosial dan belajar.

Tujuan utama kajian ini adalah membuat penyelidikan terhadap jenis dan kewujudan masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak ADHD yang telah dilapor oleh pihak ibu bapa serta mengeksplotasikan hubungan antara ADHD dengan masalah bahasa dengan menganalisis kepentingan kemahiran bahasa di peringkat domain yang lain.

Beberapa langkah telah dijalankan untuk melakukan kajian. Satu borang soal selidik yang mengandungi 181 soalan yang berkaitan dengan perkembangan neureo telah disediakan kepada kalangan ibu bapa. Temu bual dengan ibu bapa dan kanak-kanak dijalankan. Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dikumpul. Kanak-kanak ini juga menjalani satu ujian oleh pakar psikologi untuk menjalankan penilaian motor-neurological dan kebolehan kognitif. Sekiranya diperlukan, ujian tambahan akan dijalankan oleh ahli patologi pertuturan dan bahasa, ahli psikoterapi atau pakar neurologi. Kesemua maklumat ini dipakai untuk membuat DSM-IV diagnosis klinikal. Selepas itu, analisis Statistical packages of sosial sciences, SPSS akan dijalankan.

Ulasan artikel

Daripada respon ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ADHD ini, kebanyakan mereka tidak jelas terhadap keadaan masalah anak-anak mereka. Menurut hasilan, nilai purata bagi masalah bahasa adalah terendah manakala masalah bahasa adalah masalah utama bagi kanak-kanak ADHD. Masyarakat kita tidak memahami kekurangupayaan ADHD. Oleh itu, pihak sekolah, media dan kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak sekolah patut membuat penilaian terhadap setiap pelajar semasa pendaftaran ke sekolah, secara tidak langsung ibu bapa dapat mengenali anak-anak mereka dengan lebih spesifik. Pihak media harus menayangkan lebih banyak rancangan televisyen yang berkaitan dengan isu ini supaya masyarakat dapat memandang berat masalah ini. Kempen-kempen boleh diadakankan oleh pihak kerajaan bagi member pendedahan dan pengetahuan terhadap hasil kajian terkini dan sebagainya. Peranan ibu bapa juga penting. Mereka tidak harus berasa malu dan segan sebaliknya mereka perlu berani menghadapi masalah sekiranya anak mereka berkeperluan khas dan sentiasa meminta bantuan daripada pakar atau pihak tertentu agar kanak-kanak ini dapat berdikari pada masa akan datang. Kesimpullannya, majoriti daripada kanak-kanak ADHD ini menghadapi masalah pemahaman dan komunikasi.

Monday, October 13, 2008

Penilaian dan Ringkasan Jurnal

Tajuk artikel: Developmental Dyscalculia

Tajuk jurnal: Journal of Child Neurology / Vol 19, No. 10 (Oct 2004) 765- 771

Nama penulis: Ruth S. Shalev

Enjin Pencarian : Scopus

Artikel jurnal ini adalah sesuai dijadikan sebagai rujukan sebagai ia merupakan bahan berwasit yang diterbitkan pada tahun 2004, oleh itu maklumat yang dibekalkan boleh dipercayai (reliable). Artikel ini menjelaskan apakah itu diskalkulia, punca-punca berlakunya diskalkulia, simptom-simptom dan kelazimannya (prevalence).

Artikel jurnal ini sesuai dibaca oleh pendidik (bukan sahaja dalam bidang pendidikan khas) kerana ia menjelaskan panduan kepada guru-guru bagaimana menangani dan mengajar kanak-kanak diskalkulia dalam bilik darjah.


Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai/memperlolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.

Menurut kajian populasi di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Israel, kadar berlaku diskalkulia adalah pada lingkungan 5-6% bagi kanak-kanak dalam alam persekolahan.

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran dalam:

  • mengenal nombor dan symbol-symbol dalam matematik
  • membezakan nilai nombor yang besar dan kecil
  • m engira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
  • membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa
  • membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
  • menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
  • Lemah dalam pengiraan spontan.


Punca-punca berlakunya diskalkulia termasuklah :

  • Wujud sejak lahir atas faktor genetik
  • Pendedahan awal matematik yang terdesak
  • Kecederaan pada sesuatu bahagian otak yang spesfik


Bagaimana guru dapat membantu pelajar-pelajar diskalkulia?

  • Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
  • Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mementingkan kefahaman konsep
  • Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
  • Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai

Perancangan untuk membangunkan e-learning

Power Point

  1. Tajuk : Matematik – mengenal dan menentukan kuantiti nombor bulat 0-9..
  2. Justifikasi kepentingan tajuk
    – nombor 0-9 merupakan asas kepada nombor bulat, oleh itu ini merupakan asas yang perlu dikuasai sebelum mengenal nombor-nombor yang lebih besar nilainya.
  3. Kumpulan sasaran : Pelajar masalah pembelajaran tahap rendah.
  4. Tujuan : supaya dapat menarik minat murid untuk belajar dan menjalankan latihan pengukuhan melalui pelbagai sumber.
  5. Objektif : - Murid dapat mengimbal kembali pembelajaran mengenal nombor bulat dengan menjawab betul sekurang-kurangnya 6 daripada 10 soalan dengan

  6. maksimum 2 kali percubaan.
  • Pelajar dapat menentukan nilai bilangan objek dalam soalan.
  • Pelajar cuba menyelesaikan soalan melalui cuba jaya.


  1. Bagaimana perisian ini digunakan?

    Langkah 1 – Pelajar boleh mendengar atau membaca sendiri arahan setiap soalan.

    Langkah 2 – Membilang objek-objek dalam soalan.

    Langkah 3 – Klikkan pada jawapan yang betul.

    Langkah 4 –Jika menjawab dengan betul, teruskan soalan seterusnya dengan klik pada ikon "seterusnya".

    Jika menjawab dengan salah, boleh klik pada "kembali" untuk mencuba sekali lagi.


Sunday, October 12, 2008

Laman-laman web yang boleh dikunjungi-Diskalkulia

Diskalkulia (Discalculia) merupakan sejenis kekurangupayaan yang masih baru di negara kita. Oleh itu, buat masa ini masih tidak ada laman web rasmi yang berkaitan dengan Diskalkulia di negara kita. Laman-laman web ini adalah laman web dari luar negara.

Dyscalculia, Dyslexia and Maths
www.bdayslexia.org.uk/dyscalculia.html

Expert Column Dyscalculia
www.bbc.co.uk/

Math Learning Disabilities Resources
www.dyscalculia.org

What causes Dyscalculia?
www.audiblox2000.com

Symptoms, causes and handling students with dyscalculia www.k12academics.comdyscalculia_symptoms.htm

Laman-laman web di atas memberi maklumat tentang definisi diskalkulia, punca-punca berlakunya diskalkulia, simptom-simptom diskalkulia dan contoh-contoh kajian kes. Selain itu, ia juga memberi panduan bagaimana ibu bapa dan guru menangani kanak-kanak di rumah dan bilik darjah.


Perbezaan YahooGroups, YahooMail dan Blog

Yahoo Groups

Yahoo Mail

Blog

1. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna membincangkan suatu topik secara BERKUMPULAN.

2. Mail boleh dihantar kepada ahli-ahli dalam Group anda.

3. Boleh memasukkan gambar dalam Groups sendiri dan memberitahu ahli-ahli tentang perkembangan terbaru(update) anda.

4. Boleh mengajak pengguna-pengguna Yahoo yang lain melalui search interest, occupation, gender, destination dan lain-lain lagi.

5. Hanya ahli kumpulan sahaja boleh melihat/menerokai/ambil bahagian dalam perbincangan, melihat folder, gambar, buat undian dalam pool.

6. Kita boleh mengemukakan suatu soalan melalui “pool” dan meminta ahli-ahli dalam Group untuk membuat undian. Tujuannya dapat membantu kita membuat kajian tentang sesuatu isu.

7. Segala aktiviti yang berlaku, akan diketahui oleh setiap ahli kumpulan melalui penghantaran emel.

1. Tujuan penggunaan Yahoo Mail adalah untuk MENGHANTAR E-MEL(surat elektronik) sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau video.

2. Penerima e-mail merupakan e-mail rakan yang terdapat dalam addresses book ataupun mana-mana alamat e-mel yang telah didaftarkan.

3. Mail boleh dihantar kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai alamat e-mail yang berdaftar.

4. Boleh menyimpan e-mel ke folder supaya dapat klasfikasikan maklumat yang hendak disimpan secara tersusun.

5. E-mel yang dihantar boleh di “cc” kan sebagai simpanan.

6. Penghantaran e-mel adalah sulit. Hanya alamat e-mel yang dimasukan sahaja dapat menerima e-mel yang dihantar.

1. Blog adalah suatu tempat untuk kita menyebarkan maklumat dan pendapat.

1.Bahan/maklumat yang hendak dikemukakan (post) boleh dikemukakan melalui perkataan, gambar, atau video.

2. Boleh menggunakan HTML atau COMPOSE sebagai composer.

3. Bahan yang dipaparkan (published) boleh diklasifikasi supaya tersusun dan senang dilayari oleh pengunjung.

4. boleh mereka cipta layout perkara-perkara seperti gambar, video, chat room, visitor counter dan lain-lain lagi mengikut kehendak sendiri.

5. Pengunjung boleh memberi komen terhadap bahan-bahan yang dipaparkan.