Wednesday, October 15, 2008

Laman-laman Web

Kiwanis Down Syndrome Foundation

http://www.kdsf.org.my


Kiwanis merupakan satu organisasi di Malaysia yang dianggotai oleh ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak sindrom down.

Laman web ini memberi maklumat tentang sindrom down, termasuklah ciri-ciri, symptom-simptom, jenis-jenis, kesan-kesan dan punca-punca berlakunya down sindrom.

Kiwanis memberi perkhidmatan kaunseling, latihan mengajar kepada guru pendidikan khas, dan memberi kesedaran kepada masyarakat teantang down sindrom. Program latihan yang dijalankan di pusat-pusat Kiwanis turut dapat dicapai melalui web rasmi ini.


CHILD ( Caring & Helping Individuals Learn & Develop )

http://www.sabah.org.my/child/


Caring & Helping Individuals Learn & Develop merupakan satu persatuan yang berdaftar di Sabah sejak 1998. CHILD menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja yang menghadapi perkembangan lewat(kekurangupayaan) yang pelbagai. Persatuan ini juga member kesedaran tentang pelbagai jenis kekurangupayaan yang berlaku di masyarakat kita. CHILD mempunyai satu pusat (mini library)bagi member makluman serta penerangan kepada pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja-remaja khas.

CHILD mengadakan pelbagai program kesedaran serta bantuan kepada masyarakat setiap tahun, seperti bengkel, ceramah, seminar, latihan untuk bapa dan ibu banyak lagi.





No comments: