Monday, August 11, 2008

Apa itu REPLY, FORWARD dan CARBON COPY (cc) dalam YAHOO MAIL?

Kita sering nampak 3 features ini pada mail. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk menggunakannya? Ketiga-tiga features ini mempunyai penggunaan yang berbeza.

REPLY maknanya balas.
Setelah kita membaca e-mail yang dihantar oleh rakan-rakan kita, kita boleh membalas dengan REPLY.
Dengan menggunakan kemuahan REPLY, kita tidak perlu lagi taipkan e-mail penerima kerana e-mail rakan tersebut akan muncul pada ruang "TO" secara automatik.

FORWARD maknanya ajukan.
Kita boleh sebarkan e-mail yang diterima dengan menggunakan FORWARD.

CARBON COPY (Cc)
Ruangan CC digunakan untuk menghantar Carbon Copy kepada orang lain. Ruang ini boleh dimasukkan banyak e-mail address pada satu masa.
Alamat e-mail yang hendak dihantar boleh dibuat melalui taipkan sendiri atau masukkan melalui ADDRESS BOOK.

Bagaimana untuk membina/mengubahsuai signature?

Langkah-langkah untuk membina / mengubahsuai SIGNATURE dalam YAHOO MAIL.


1. Log-in e-mail anda.


2. Klik pada OPTION pada sebelah kanan window seperti yang ditunjukkan.
3. Pilih MAIL OPTION - SIGNATURE.

4. Di sinilah anda taipkan butir-butir yang anda hendak masukkan. Anda boleh mengubah font, size, warna dan lain-lain lagi mengikut kehendak anda.
5. Pilih samada DO NOT USE A SIGNATURE atau SHOW A SIGNATURE ON ALL OUTGOING MESSAGE mengikut keperluan anda.

6. Setelah siap menaip, klik SAVE supaya bahan yang dimasukkan dapat disimpan.

Jika hendak membuat perubahan mengenai signature, ubah langkah 2 hingga langkah 6 seperti di atas.

Setiap kali anda menghantar e-mail, SIGNATURE ini akan disertakan pada hujung e-mail anda jika anda memilih SHOW A SIGNATURE ON ALL OUTGOING MESSAGE . pada langkah 5.
Anda boleh memilih opsyen supaya tidak sertakan signature anda pada e-mail dengan hilangkan tick "v" pada USE MY SIGNATURE.

Selamat Mencuba.