Tuesday, November 11, 2008

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)

SPSS ialah satu perisian pangkalan data yang dapat menganalisis data statistic kuantitatif.

SPSS mempunyai dua jenis pandangan (view) atau pun objek , iaitu

  • Variable View
  • Data View

Secara umunya, Variable View mempunyai pandangan seperti Excel yang mempunyai sel.

Data View merupakan tempat memasukan data.

Variable View

Pada baris pertama "NAME"- beri nama (tajuk)kepada setiap perkara supaya anda boleh memahami apa yang perlu diisi dalam baris tersebut semasa pada Data View.

Contoh: Soalan 1

Pada baris "TYPE" – apakah maklumat yang hendak diisi .

Contoh: Soalan 1 merupakan satu ayat, di mana pilihannya telah dinomborkan. Maka data-data yang akan diisi dalam ruangan ini adalah Numeric.

Jika anda hendak masukan maklumat yang mempunyai nombor dan tulisan, maka anda perlu memilih "string" pada bahagian TYPE ini.

Pada baris "WIDTH"- berapa angka atau huruf yang anda hendak masukkan. Maksimum jumlah angka dapat mencecah 40.

Pada baris "DECIMAL" – tempat titik perpuluhan

Pada baris "LABEL" – apa sebenarnya yang hendak ditunjukkan. Apa yang dimasukan di sini akan dipaparkan dalam output.

Contoh: Saya menggunakan Yahoo Groups untuk menjalankan perbincangan akademik.

Pada baris "VALUE" – setiap pilihan yang anda bina digantikan dengan nombor.

Contoh: 1= tidak setuju ; 2 = tidak setuju. Maka apa yang perlu anda isi dalam kotak dialog

Value : 1

Value Lable : tidak setuju. Klik "Add" dan diteruskan dengan 2 dan seterusnya.


Data View

Seperti yang dikatakan tadi, Data View merupakan tempat memasukan data. Satu lajur (column) merupakan maklumat satu responden.

Terdapat dua cara anda memasukan maklumat.

Cara 1 : Terus masukan data yang telah diwakili dengan nombor. ATAU

Cara 2: Anda klik pada arrow kanan sel dan pilih maklumat yang anda hendak masukan.

Tetapi cara 1 adalah lebih digalakkan kerana ia mengambil masa yang singkat.


Kombinasi Data (Merge Data)

Jika anda mempunyai 200 responden dalam kajian anda. Anda membahagikan kerja masukan data kepada 4 ahli kumpulan. Setelah ahli-ahli kumpulan anda siap, anda perlu kombinasikan data-data yang dibuat oleh orang perseorangan.

Langkah-langkahnya:

Pada menu bar – MERGE FILES – ADD CASES, dan pilih data yang anda hendak kombinasikan.


Analisis Data

Pada menu bar – ANALYZE – Descriptive Statistics – Frequencies.

Pilih data yang anda hendak melakukan analisis. Anda boleh memilih Statistics atau Charts, dan jenis-jenis carta anda mahu. Hasil analisis ini disebut sebagai Output. Anda boleh copy carta-carta ini dan paste di Microsoft Word untuk menjalankan analisis (huraian).



Microsoft Access 2007

Dalam Microsoft Access, terdapat 4 kemudahan utama, iaitu

  • Table (Jadual)
  • Form (Borang)
  • Queries (Pertanyaan)
  • Report (Laporan)

Sebagai pendidik, biasanya kita menggunakan Ms Access untuk menyediakam pangkalan data pelajar.


 

Langkah 1: Mencipta jadual (table)

Kita perlu menyediakan rangka jadual pangkalan data. Langkah ini boleh dilakukan dengan kemudahan Table.

Kita mula dengan "BLANK DATABASE", masukkan nama fail- CREATE.

Table akan terpapar secara automatic. Pada "add new field", masukkan perkara-perkara yang anda masukkan dalam pangkalan data seperti nama, umur, no. sijil surat beranak dan lain-lain lagi. Anda masih boleh tambah jika tercicir perkara yang hendak dimasukkan nanti.

Anda boleh masukkan beberapa table mengikut kategori, contohnya table maklumat pelajar, maklumat ibubapa dan maklumat ko-kurikulum.

Anda boleh memilih jenis pandangan (View) mengikut kehendak anda. Pada pandangan design view, anda perlu kuncikan maklumat primeri (Primary key). Maklumat yang dikuncikan ini akan dijadikan rujukan semasa membina relationship antara table nanti.


 

Simpan (save) setiap table yang telah dibina.

Ulang langkah yang sama bagi membina table yang lain.

Contohnya, anda membina table 1 dan table 2,manakala Primary Key anda adalah No. Pendaftaran.


 

Langkah 2: Mencipta relationship

Table-table yang telah dicipta dikaitkan sekali, seperti link. Maklumat primeri (Primary Key) akan dijadikan "punca" perhubungan. Maknanya, semua maklumat pelajar yang dimasukan dalam table 1 dan 2 adalah saling berkait dengan merujuk pada primary key yang ditetapkan.


 

Langkah 3: Mencipta Borang (Form)

Dalam pandangan datasheet view, anda klik CREATE pada menu bar- FORM. Form merupakan tempat untuk anda mengisi maklumat. Sebenarnya anda boleh mengisi maklumat pada table juga, Cuma perkhidmatan Form adalah khas untuk mengisi maklumat kerana ia lebih mudah diisi dan mudah dibaca.


 

Di form, terdapat tiga jenis pandangan (view)

  1. Form View
  • Diguna semasa kerja proses memasukan maklumat. Setelah siap mengisi maklumat pelajar pertama, klik pada arrow kecil "next record" untuk pelajar kedua, dan seterusnya. Untuk pergi ke muka surat baru, anda MESTI lah mengisi maklumat primary key. Bagi contoh di sini, adalah mengisi maklumat No. Pendaftaran.
  1. Layout View
  • Anda dapat mengubah urutan maklumat, size, tempat, warna tulisan (appearance) boring anda.
  1. Design View
  • Fungsinya adalah sama dengan Layout View, cuma ia dapat melihat dengan lebih teliti saiz dan tempat kerana terdapat grid ruler dan property sheet. Anda boleh memilih jenis data yang hendak diisi, seperti data jenis Text, Nombor, Memo, Date, Time, Auto Number dan banyak lagi.


 

Langkah 4: Mencipta Query (Pertanyaan)

Dalam Query, anda boleh mendapatkan maklumat daripada pangkalan data. Sebagai contoh, Table 2 merupakan maklumat ibubapa/penjaga murid. Anda boleh mengarahkan perisian untuk memaparkan gaji bapa yang kurang <, lebih > , kurang atau sama dengan <=, atau pendapatan RM1000 dan banyak lagi.

Selain itu, pada Design View anda juga boleh membina (klik kanan tetikus –build) rumus anda sendiri tentang maklumat apa yang anda hendak hitungkan. Setelah siapkan rumus, klik RUN untuk melihat hasil hitungan yang telah anda query.


 

Langkah 5: Mencipta Laporan (Report)

Pada menu bar, klik REPORT WIZARD, pilih maklumat yang anda hendak paparkan. Anda boleh memilih pangkalan data sama ada dari Table atau Query yang telah anda bina. Kemudahan report membolehkan anda menghasilkan satu dokumentasi yang menarik dan kemas.


 


 

Monday, November 10, 2008

Bagaimana caranya untuk Uploadkan fail-fail ke YahooGroups??

Memandangkan masih ramai kawan-kawan KDP belum uploadkan kerja masing-masing.

MENGAPA??? Adakah anda tidak tahu caranya? Baiklah, saya akan tunjukkan cara-caranya.

  1. Pergi pada Groups anda.
  2. Pada bar berwarna biru sebelah kiri, klik pada "FILE".
  3. Kamu boleh create NEW FOLDER atau terus add new file di sini.

    Tetapi untuk memastikan fail-fail anda tersusun, adalah lebih baik jika CREATE FOLDER di sini.

    Untuk kerja kursus kita, contoh-contoh folder yang boleh dibina adalah seperti "Microsoft word, Microsoft Excel…."

  4. Berikan nama dan description pada folder anda. Contohnya "Microsoft Word".
  5. Setelah folder Microsoft Word dicipta, barulah anda ADD FILE. Fail yang boleh anda masukan ke folder ini adalah kerja brosur dan buku program.

Begitu juga caranya untuk upload kerja-kerja lain.

Pastikan size fail anda tidak melebihi 5127KB, kerana YahooGroups tidak dapat menampung fail yang sebesar ini.


 

Semoga dapat membantu.

 

Tuesday, November 4, 2008

Microsoft Office 2007 - Excel

Tentukan Gred Bagi Markah Pelajar
  1. Masukkan markah pelajar setiap matapelajaran.
  2. Buatkan jadual gred markah.
  3. "Define name" kepada jadual tersebut. Tujuannya adalah jadual ini sebagai tempat rujukan bagi memberi gred nanti. Di sini, nama "GRED" diberikan.
  4. Jadikan sel aktif pada tempat anda hendak masukkan gred (E3).
  5. Klik "insert function"- pilih Lookup and reference – VLOOKUP.
  6. Pada kotak dialog,
  • LOOKUP VALUE adalah markah yang anda hendak beri gred, maka klik atau taipkan nama sel tersebut (D3)
  • TABLE ARRAY adalah jadual yang hendak dijadikan rujukan. (Drag-kan jadual GRED).
  • CUL INDEX NUMBER – baris maklumat yang hendak dipaparkan melalui jadual rujukan.(2)
  • RANGE LOOKUP – taipkan TRUE
  1. Gred akan tertera pada E3 berdasarkan markah pada D3.
  2. Gerakkan kursor sehingga menyentuh penjuru bawah (kanan) sel aktif. Klik butang kanan tetikus, heret kursor untuk gelapkan sel-sel lajur E yang hendak mendapatkan gred markah.

Tips: Bagi mempercepatkan proses member gred, kita boleh klik pada sel aktif E3-copy, dan klik pada sel di mana hendak masukkan gred juga. Contoh, G3 bagi matapelajaran science, klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.


Mencari jumlah pelajar yang mendapat gred masing-masing

  1. Define Name pada gred setiap mata pelajaran. (Langkahnya sama seperti cara define name GRED di atas)
  2. Jadikan M9 sel aktif.
  3. Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – COUNTIF.
  4. Pada kotak dialog,
  • Range – drag-kan gred Math atau taipkan nama yang telah diberi semasa Define Name tadi.
  • Criteria – klik pada E di jadual GRED.

    Pada bawah kotak dialog tertera "2" bermaksud ada 2 pelajar yang mendapat gred E bagi matapelajaran Math.5. Gerakkan kursor sehingga menyentuh penjuru bawah (kanan) sel aktif. Klik butang kanan tetikus, heret kursor untuk gelapkan sel-sel lajur yang hendak mendapatkan jumlah bilangan gred.


Perhatian: Anda tidak boleh menggunakan kemudahan copy – paste special di sini, kerana RANGE yang anda hendak rujuk adalah berlainan mengikut mata pelajaran masing-masing.


Mengira Purata (average) Markah bagi setiap mata pelajaran

Mencari purata markah bagi matapelajaran Math.

  1. Jadikan sel aktif di D20.
  2. Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – AVERAGE.
  3. Pada kotak dialog:
  • Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari purata markahnya.
  • Dan klik OK.

Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.


Mengira Mod (Mode) Markah bagi setiap mata pelajaran

Mencari mod bagi matapelajaran Math, iaitu kekerapan markah pelajar yang dicapai.

  1. Jadikan sel aktif di sel yang anda hendak memaparkan mod.
  2. Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – MODE.
  3. Pada kotak dialog:
  • Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari kekerapannya.
  • Dan klik OK.

Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.


Mengira Sisihan Piawai (standard deviation ) Markah bagi setiap mata pelajaran

Mencari mod bagi matapelajaran Math, iaitu kekerapan markah pelajar yang dicapai.

  1. Jadikan sel aktif di sel yang anda hendak memaparkan sisihan paiwai.
  2. Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – STDEV.
  3. Pada kotak dialog:
  • Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari sisihan piawainya.
  • Dan klik OK.

Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.

Monday, November 3, 2008

Microsoft Office 2007 - Word

Selain menaip dokumen, kita boleh menggunakan Microsoft Word untuk mencipta brosur (pamplet)dan buku.

Bagaimana untuk membuat brosur???

Untuk mencipta brosur, kita boleh klik pada PAGE LAYOUT, set-kan muka surat kepada orientasi Landscape (Orientation) , dan setkan column kepada 2 atau 3 mengikut kehendak anda. Tetapi setkan kepada 3 adalah recommended. Kita akan membuat lipatan berdasarkan kepada column yang dibuat.

Brosur selalunya dicetak di bahagian depan dan belakang. Oleh itu, maklumat yang hendak dimasukan adalah sebanyak 2 muka surat. Untuk mencetak, pada Paper Setup, perlu setkan "A4" tetapi bukan "letter".

Bagaimana untuk membuat cetakan buku???

Untuk mencipta buku, kita boleh pergi ke PAGE LAYOUT, klik pada anak panah Page Setup – tukarkan orientasi kepada Landscape – pada
Multiple Pages,
tukarkan kepada Book fold.

Anda boleh menggunakan kemudahan Cover Page untuk mereka kulit buku pada toolbar INSERT.

Apabila mencetak, semua muka surat akan dicetak seperti urutan buku, dan anda perlu lipatkan supaya buku anda adalah bersaiz separuh A4.

Selamat Mencuba!


Microsoft Office 2007 – Power Point

Jenis Pandangan(view) dalam Power Point 2007

Microsoft Power Point 2007 menyediakan 3 pandangan (view) yang membolehkan kita melihat dan mencipta hasil kerja atau mengubahsuainya jika perlu. Kita boleh menukar pandangan dengan menggunakan toolbar di sebelah kanan bawah.

  1. Normal View

    Fungsi- Pandangan yang paling sesuai yang digunakan semasa membuat kandungan slide.

  2. Slide Sorter

    Fungsi- Untuk melihat susunan slide yang telah siap dicipta. Ia memudahkan pengguna menukar urutan slide jika perlu.

  3. Slide Show View

    Fungsi- Melihat persembahan untuk slide yang telah dicipta. Animasi, bunyi dan transisi slide akan dipaparkan melalui pandangan ini.


    Kita akan dapat melihat satu lagi jenis pandangan melalui toolbar VIEW.

  4. Notes Page

    Fungsi- Kita dapat masukkan nota tambahan kepada pembentang melalui pandangan ini, atau terus taipkan pada ruangan " Click to Add Notes" pada pandangan Normal View.



Kini, kita boleh menggunakan kemudahan bentuk (shapes) dalam Power Point 2007 untuk menghasilkan gambar 2D dengan warna yang amat menarik. Kemudahan shape effect dapat pelbagaikan pandangan bentuk. Anda boleh mencipta gambar yang anda hendaki melalui toolbar HOME dan FORMAT.

Bagi toolbar INSERT pula, anda boleh masukkan gambar, carta, clip art, bunyi (aiff, au, midi, mp3, wav, wma), movie (asf, avi, mpeg, wmv), hyperlink, action, jadual, nombor slide dan banyak lagi melalui kemudahan INSER

Toolbar DESIGN member pengguna kemudahan menghasilkan rekaan pada slide, seperti latar belakang slide, orientasi slid(landscape atau potrait). Anda boleh menggunakan rekaan slide yang telah disediakan, atau menciptanya sendiri. Untuk mencipta sendiri latar belakang – Background Styles – Format Background- fill (picture or texture fill).

Pada ANIMATIONS anda boleh set-kan animasi untuk slide, gambar dan perkataan serta bunyi untuk animasi. Anda boleh memilih jenis animasi, kelajuan, giliran animasi pada toolbar ANIMATIONS ini.

Saturday, October 18, 2008

Langkah-langkah membuat perbandingan

  1. Kebanyakannya melalui pengalaman sendiri apabila melakukan kerja tersebut.
  2. Melalui perbincangan dan percubaan dengan rakan-rakan sekelas.
  3. Melalui maklumat yang disearch dari internet.
  4. Melalui pengalaman apabila mengajar rakan-rakan yang meminta tunjuk ajar.