Monday, October 13, 2008

Perancangan untuk membangunkan e-learning

Power Point

  1. Tajuk : Matematik – mengenal dan menentukan kuantiti nombor bulat 0-9..
  2. Justifikasi kepentingan tajuk
    – nombor 0-9 merupakan asas kepada nombor bulat, oleh itu ini merupakan asas yang perlu dikuasai sebelum mengenal nombor-nombor yang lebih besar nilainya.
  3. Kumpulan sasaran : Pelajar masalah pembelajaran tahap rendah.
  4. Tujuan : supaya dapat menarik minat murid untuk belajar dan menjalankan latihan pengukuhan melalui pelbagai sumber.
  5. Objektif : - Murid dapat mengimbal kembali pembelajaran mengenal nombor bulat dengan menjawab betul sekurang-kurangnya 6 daripada 10 soalan dengan

  6. maksimum 2 kali percubaan.
  • Pelajar dapat menentukan nilai bilangan objek dalam soalan.
  • Pelajar cuba menyelesaikan soalan melalui cuba jaya.


  1. Bagaimana perisian ini digunakan?

    Langkah 1 – Pelajar boleh mendengar atau membaca sendiri arahan setiap soalan.

    Langkah 2 – Membilang objek-objek dalam soalan.

    Langkah 3 – Klikkan pada jawapan yang betul.

    Langkah 4 –Jika menjawab dengan betul, teruskan soalan seterusnya dengan klik pada ikon "seterusnya".

    Jika menjawab dengan salah, boleh klik pada "kembali" untuk mencuba sekali lagi.


No comments: