Saturday, August 9, 2008

Yahoo Mail

YAHOO MAIL merupakan sesuatu yang tidak asing buat kami semua. Tetapi setelah kelas kali pertama dan seterusnya, baru saya sedar rupa-rupanya apa yang telah saya tahu adalah sebahagian kecil sahaja.
Sesuatu baru yang saya dapat saya pelajari adalah:
1. Cara untuk menggunakan signature.
2. Apakah sebenarya CC dalam e-mail.
3. Bagaimana untuk menukar appear name kita.
- kerana sebelum ini e-mail kami diguna antara kawan-kawan, oleh itu appear name kami adalah nama samaran. Tetapi e-mail kami menjadi suatu alat perhubungan formal antara kami dengan pensyarah semasa di universiti, adakah pensyarah akan membaca e-mail yang tidak dikenalinya? Pastinya tidak. Maka kami perlu menukarkannya kepada nama yang diketahui pensyarah, iaitu nama betul.

Komputer Dalam Pendidikan

Saya mula mempelajari pembinaan blog dalam kursus GE1153 Kursus dalam Komputer (KDP) ini. Saya dapati saya telah dapat belajar perkara-perkara baru yang tidak pernah saya terokai sebelum ini.

Semoga rakan-rakan saya juga dapat merasai kebaikan mengambil kursus GE1153/1155 ini.