- Masukkan markah pelajar setiap matapelajaran.
- Buatkan jadual gred markah.
- "Define name" kepada jadual tersebut. Tujuannya adalah jadual ini sebagai tempat rujukan bagi memberi gred nanti. Di sini, nama "GRED" diberikan.
- Jadikan sel aktif pada tempat anda hendak masukkan gred (E3).
- Klik "insert function"- pilih Lookup and reference – VLOOKUP.
- Pada kotak dialog,
- LOOKUP VALUE adalah markah yang anda hendak beri gred, maka klik atau taipkan nama sel tersebut (D3)
- TABLE ARRAY adalah jadual yang hendak dijadikan rujukan. (Drag-kan jadual GRED).
- CUL INDEX NUMBER – baris maklumat yang hendak dipaparkan melalui jadual rujukan.(2)
- RANGE LOOKUP – taipkan TRUE
- Gred akan tertera pada E3 berdasarkan markah pada D3.
- Gerakkan kursor sehingga menyentuh penjuru bawah (kanan) sel aktif. Klik butang kanan tetikus, heret kursor untuk gelapkan sel-sel lajur E yang hendak mendapatkan gred markah.
Tips: Bagi mempercepatkan proses member gred, kita boleh klik pada sel aktif E3-copy, dan klik pada sel di mana hendak masukkan gred juga. Contoh, G3 bagi matapelajaran science, klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.
Mencari jumlah pelajar yang mendapat gred masing-masing
- Define Name pada gred setiap mata pelajaran. (Langkahnya sama seperti cara define name GRED di atas)
- Jadikan M9 sel aktif.
- Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – COUNTIF.
- Pada kotak dialog,
- Range – drag-kan gred Math atau taipkan nama yang telah diberi semasa Define Name tadi.
- Criteria – klik pada E di jadual GRED.
Pada bawah kotak dialog tertera "2" bermaksud ada 2 pelajar yang mendapat gred E bagi matapelajaran Math.
5. Gerakkan kursor sehingga menyentuh penjuru bawah (kanan) sel aktif. Klik butang kanan tetikus, heret kursor untuk gelapkan sel-sel lajur yang hendak mendapatkan jumlah bilangan gred.
Perhatian: Anda tidak boleh menggunakan kemudahan copy – paste special di sini, kerana RANGE yang anda hendak rujuk adalah berlainan mengikut mata pelajaran masing-masing.
Mengira Purata (average) Markah bagi setiap mata pelajaran
Mencari purata markah bagi matapelajaran Math.

- Jadikan sel aktif di D20.
- Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – AVERAGE.
- Pada kotak dialog:
- Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari purata markahnya.
- Dan klik OK.
Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.
Mengira Mod (Mode) Markah bagi setiap mata pelajaran
Mencari mod bagi matapelajaran Math, iaitu kekerapan markah pelajar yang dicapai.
- Jadikan sel aktif di sel yang anda hendak memaparkan mod.
- Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – MODE.
- Pada kotak dialog:
- Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari kekerapannya.
- Dan klik OK.
Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.
Mengira Sisihan Piawai (standard deviation ) Markah bagi setiap mata pelajaran
Mencari mod bagi matapelajaran Math, iaitu kekerapan markah pelajar yang dicapai.
- Jadikan sel aktif di sel yang anda hendak memaparkan sisihan paiwai.
- Klik "insert function"- pada kategori pilih Statistical – STDEV.
- Pada kotak dialog:
- Number 1 : drag-kan markah math yang hendak mencari sisihan piawainya.
- Dan klik OK.
Mengulangi langkah yang sama bagi mata pelajaran berikutnya ATAU copy - klik butang kanan tetikus, paste special-formulas.