Sunday, October 12, 2008

Perbezaan YahooGroups, YahooMail dan Blog

Yahoo Groups

Yahoo Mail

Blog

1. Tujuannya adalah untuk membolehkan pengguna membincangkan suatu topik secara BERKUMPULAN.

2. Mail boleh dihantar kepada ahli-ahli dalam Group anda.

3. Boleh memasukkan gambar dalam Groups sendiri dan memberitahu ahli-ahli tentang perkembangan terbaru(update) anda.

4. Boleh mengajak pengguna-pengguna Yahoo yang lain melalui search interest, occupation, gender, destination dan lain-lain lagi.

5. Hanya ahli kumpulan sahaja boleh melihat/menerokai/ambil bahagian dalam perbincangan, melihat folder, gambar, buat undian dalam pool.

6. Kita boleh mengemukakan suatu soalan melalui “pool” dan meminta ahli-ahli dalam Group untuk membuat undian. Tujuannya dapat membantu kita membuat kajian tentang sesuatu isu.

7. Segala aktiviti yang berlaku, akan diketahui oleh setiap ahli kumpulan melalui penghantaran emel.

1. Tujuan penggunaan Yahoo Mail adalah untuk MENGHANTAR E-MEL(surat elektronik) sama ada dalam bentuk tulisan, gambar atau video.

2. Penerima e-mail merupakan e-mail rakan yang terdapat dalam addresses book ataupun mana-mana alamat e-mel yang telah didaftarkan.

3. Mail boleh dihantar kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai alamat e-mail yang berdaftar.

4. Boleh menyimpan e-mel ke folder supaya dapat klasfikasikan maklumat yang hendak disimpan secara tersusun.

5. E-mel yang dihantar boleh di “cc” kan sebagai simpanan.

6. Penghantaran e-mel adalah sulit. Hanya alamat e-mel yang dimasukan sahaja dapat menerima e-mel yang dihantar.

1. Blog adalah suatu tempat untuk kita menyebarkan maklumat dan pendapat.

1.Bahan/maklumat yang hendak dikemukakan (post) boleh dikemukakan melalui perkataan, gambar, atau video.

2. Boleh menggunakan HTML atau COMPOSE sebagai composer.

3. Bahan yang dipaparkan (published) boleh diklasifikasi supaya tersusun dan senang dilayari oleh pengunjung.

4. boleh mereka cipta layout perkara-perkara seperti gambar, video, chat room, visitor counter dan lain-lain lagi mengikut kehendak sendiri.

5. Pengunjung boleh memberi komen terhadap bahan-bahan yang dipaparkan.

No comments: