Monday, October 13, 2008

Penilaian dan Ringkasan Jurnal

Tajuk artikel: Developmental Dyscalculia

Tajuk jurnal: Journal of Child Neurology / Vol 19, No. 10 (Oct 2004) 765- 771

Nama penulis: Ruth S. Shalev

Enjin Pencarian : Scopus

Artikel jurnal ini adalah sesuai dijadikan sebagai rujukan sebagai ia merupakan bahan berwasit yang diterbitkan pada tahun 2004, oleh itu maklumat yang dibekalkan boleh dipercayai (reliable). Artikel ini menjelaskan apakah itu diskalkulia, punca-punca berlakunya diskalkulia, simptom-simptom dan kelazimannya (prevalence).

Artikel jurnal ini sesuai dibaca oleh pendidik (bukan sahaja dalam bidang pendidikan khas) kerana ia menjelaskan panduan kepada guru-guru bagaimana menangani dan mengajar kanak-kanak diskalkulia dalam bilik darjah.


Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai/memperlolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri.

Menurut kajian populasi di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Israel, kadar berlaku diskalkulia adalah pada lingkungan 5-6% bagi kanak-kanak dalam alam persekolahan.

Seseorang yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran dalam:

  • mengenal nombor dan symbol-symbol dalam matematik
  • membezakan nilai nombor yang besar dan kecil
  • m engira dalam bilangan 2 atau 5 dan sebagainya serta tertib menurun
  • membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair mengira wang atau melihat masa
  • membaca peta dan jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang
  • menggunakan peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik
  • Lemah dalam pengiraan spontan.


Punca-punca berlakunya diskalkulia termasuklah :

  • Wujud sejak lahir atas faktor genetik
  • Pendedahan awal matematik yang terdesak
  • Kecederaan pada sesuatu bahagian otak yang spesfik


Bagaimana guru dapat membantu pelajar-pelajar diskalkulia?

  • Memberi penyampaian pelajaran secara part-part-whole
  • Memberi pengulangan dan latih tubi yang kerap
  • Mementingkan kefahaman konsep
  • Mengkaitkan contoh dengan kehidupan harian dan bahan maujud
  • Memberi penghargaan dan pujian, elakan melabel dan memarahi mereka depan khalayak ramai

No comments: