Tuesday, October 14, 2008

Kajian terhadap Kanak-kanak ADHD

Tajuk artikel: ADHD and Language impairment-A study of the parent questionnaire FTF

Tajuk jurnal: European Child & Adolescent Psychiatry / Vol 15, No. 10 (Feb 2006) 52- 60

Nama penulis: Brus, B., Gunilla Thernlund,G. & Nettelbladt, U.

Enjin Pencarian : EBSCOhost

Kandungan artikel

Dalam kajian terhadap 76 orang kanak-kanak berkeperluan khas ADHD (63 budak lelaki dan 13 budak perempuan), kebanyakan daripada mereka pernah berjumpa dengan ahli patologi pertuturan dan bahasa, namun tiada seorang daripada mereka meneruskan rawatan selanjutnya. Majoriti responden menghadapi masalah pragmatik, tidak dapat memberi perhatian dan perihal gerak hati. Selain itu, mereka juga menghadapi masalah berkomunikasi, pemahaman, membaca dan menulis. Masalah bahasa dan pragmatik telah mendatangkan banyak masalah kepada kanak-kanak ADHD dalam kemahiran bersosial dan belajar.

Tujuan utama kajian ini adalah membuat penyelidikan terhadap jenis dan kewujudan masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak ADHD yang telah dilapor oleh pihak ibu bapa serta mengeksplotasikan hubungan antara ADHD dengan masalah bahasa dengan menganalisis kepentingan kemahiran bahasa di peringkat domain yang lain.

Beberapa langkah telah dijalankan untuk melakukan kajian. Satu borang soal selidik yang mengandungi 181 soalan yang berkaitan dengan perkembangan neureo telah disediakan kepada kalangan ibu bapa. Temu bual dengan ibu bapa dan kanak-kanak dijalankan. Pencapaian kanak-kanak di sekolah juga dikumpul. Kanak-kanak ini juga menjalani satu ujian oleh pakar psikologi untuk menjalankan penilaian motor-neurological dan kebolehan kognitif. Sekiranya diperlukan, ujian tambahan akan dijalankan oleh ahli patologi pertuturan dan bahasa, ahli psikoterapi atau pakar neurologi. Kesemua maklumat ini dipakai untuk membuat DSM-IV diagnosis klinikal. Selepas itu, analisis Statistical packages of sosial sciences, SPSS akan dijalankan.

Ulasan artikel

Daripada respon ibu bapa atau penjaga kanak-kanak ADHD ini, kebanyakan mereka tidak jelas terhadap keadaan masalah anak-anak mereka. Menurut hasilan, nilai purata bagi masalah bahasa adalah terendah manakala masalah bahasa adalah masalah utama bagi kanak-kanak ADHD. Masyarakat kita tidak memahami kekurangupayaan ADHD. Oleh itu, pihak sekolah, media dan kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat. Pihak sekolah patut membuat penilaian terhadap setiap pelajar semasa pendaftaran ke sekolah, secara tidak langsung ibu bapa dapat mengenali anak-anak mereka dengan lebih spesifik. Pihak media harus menayangkan lebih banyak rancangan televisyen yang berkaitan dengan isu ini supaya masyarakat dapat memandang berat masalah ini. Kempen-kempen boleh diadakankan oleh pihak kerajaan bagi member pendedahan dan pengetahuan terhadap hasil kajian terkini dan sebagainya. Peranan ibu bapa juga penting. Mereka tidak harus berasa malu dan segan sebaliknya mereka perlu berani menghadapi masalah sekiranya anak mereka berkeperluan khas dan sentiasa meminta bantuan daripada pakar atau pihak tertentu agar kanak-kanak ini dapat berdikari pada masa akan datang. Kesimpullannya, majoriti daripada kanak-kanak ADHD ini menghadapi masalah pemahaman dan komunikasi.

1 comment:

Anonymous said...

anak saya salah seorg mengalami masalah ADHD. Dia akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan. Bagaimana cara terbaik untuk anak saya menghadapi P&P agar tidak terus ketinggalan seperti kanak-kanak lain.