Monday, September 29, 2008

Penggunaan e-mel, YahooGroups dan Blog dalam P&P

YahooGroups
- Guru boleh menggunakan Yahoogroups untuk menjalankan e-learning. Guru menjadi moderator, mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pembelajaran. Pelajar-pelajar dijemput menjadi ahli kumpulan dan menyertai perbincangan dalam kumpulan.
- Ini amat berguna ketika dalam cuti sekolah. Semasa cuti sekolah, pelajar tidak berpeluang berjumpa dengan guru untuk membuat perbincangan. Oleh itu, pelajar boleh mengemukakan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dalam YahooGroups tanpa menunggu sehingga hari persekolahan.
- Nota-nota yang berkaitan boleh diuploadkan di YahooGroups.
- Cara ini amat berguna bagi seseorang pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan. Pelajar ini dapat mengikuti perkembangan pembelajaran kerana dapat berinteraksi dengan guru atau rakan-rakan melalui YahooGroups.

Blog
- Nota-nota, model kertas peperiksaan boleh dipaparkan di sini.
- Isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran boleh dipaparkan di blog.
- Apa-apa sahaja yang dipaparkan di blog akan menarik perhatian pengunjung, terutamanya pendidik. Oleh itu, komen dan cadangan yang diutarakan dapat memperbaiki kualiti kita sebagai seorang guru.

E-mel
- Jika guru perlu menghadiri mesyuarat secara tiba-tiba, guru boleh meninggalkan pesanan kepada ketua kelas melalui e-mel.

*Guru boleh membuat perbincangan mengenai P&P bersama guru-guru dari sekolah lain melalui e-mel, blog atau Yahoogroups.

No comments: